Sunday, August 14, 2011

ramadhan 14 ~ first time berbuke dalam talam :)

assalamualaikum
sehat kome-kome semua
puasa kita dah 14 hari ari niy
xsangka kan
cepat je mase berlalu
lagi 2 minggu insyAllah
dah raya!!!!

tapi ari niy aja bukan nak cite pasal
ari raya
baju raya mahupun kueh raya
tapi
pasal berbuka
berbuka puasa
.
..
...
korang penah dengar
MAKAN DALAM TALAM
ctually dye ada istilah khas tapi
serius aja xtao istilah dye
so kite pakai nama yang aja bagi je la ye

gambar dari incik google
xsempat nak snap time berbuke semalam sebab semus
dah xcited nak berbuke
da tamao snap2 lagi

cam niy la makan dalam talam tu
semua makan sharing n loving
serius
MENARIK sangat
dan jangan tak percaya
niy la FIRST TIME ever aja makan cam giniy
memang hebat la si naqib
classmate aja yang
bagi idea niy
hahahha

btw korang-korang my classmate
temkiu for a very hapenning ever
berbuke puase
dalam kesederhanaan
kite dapat berbuke bersame
malah erat silaturrahim lagi

sahabat yang kini keluarga saya
iklan cap kapak ::

kat sini aja letak sikit
hmmmm
banyak jugak sebenarnya sikit sebanyak
pasal makan nasik dalam talam
or name len nye
NASI AMBENG
yes,,aja da tao nama dye
tadi baru google
nah korang
bacalah sendiri pe kata orang-orang len pasal
NASI AMBENG niy!!

Ramai yang mengatakan bahawa makan di dalam talam bukan sunnah nabi saw. Sekiranya talam menjadi tempat tilik kita maka memang la tak sunnah... Tiada hadis makan dalam talam iaitu talam yang seperti yang ada digunakan dirumah2 kita .Apa yang saya lebih suka untuk nyatakan ialah makan berjemaah. Walaupun kita makan menggunakan pinggan tetapi semua makanan kita kongsikan bersama... Ini lah perkara yang dapat dicapai dengan menggunakan talam. Saya tidak mengatakan dengan menggunakan pinggan tujuan dan maksud yang sama tidak dapat dicapai... tetapi adalah terlebih baik untuk menggunakan talam. Berkumpul menghadapi hidangan dan makanan secara berjama’ah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadits berikut:


"Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu" (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Hadits ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.
Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.
Dia menjawab: Benar ya Rasulullah.
Rasulullah berkata: Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu.

Hadits di atas memerintahkan kepada kita agar setiap kali makan supaya makan bersama-sama sebab makan sendiri-sendiri itu disamping akan membuat masing-masing orang yang makan itu tidak akan kenyang (seperti kata sahabat di atas) juga tidak mendapatkan berkah/kecukupan.

Karena kecukupan itu akan diperoleh dengan makan bersama, meskipun jumlah peserta hidangan bertambah, sebagaimana kata Nabi r:

“Makanlah berjama’ah dan jangan bercerai-berai, sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang”.


“Sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang dan makanan empat orang cukup untuk lima atau enam orang. (Silsilah hadits-hadits shahih no. 895).

MASALAH TALAM!!!

Terus terang saya mengakui kelemahan saya , saya bukan seorang yang mahir dalam hadis. Sekadar menukilkan , bahawa cara makan orang2 di zaman kita ini sesungguhnya telah menyeleweng jauh dari sunnah sehingga mereka mengatakan makan secara menggunakan talam adalah ketinggalan zaman. Saya tidak dapat memastikan talam yang ada di rumah2 kita adalah sunnah semestinya tetapi keharusannya adalah sangat jelas, namun dengan menggunakan talam kita dapat mencapai sesuatu yang kita sepakati iaitu sunnah makan berjemaah. ALWASAAIL HUKMUL MAQAASID....

Anas bin Malik t berkata: “Baginda tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (pinggan kecil) (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Syamail, shahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532)

MAKAN BERJEMAAH DARI SATU BEKAS

Pertama sekali kita perlu mengkaji persekitaran dan budaya masyarakat arab dan makanan rasulullah saw. Kurma gandum barli daging susu madu minyak sapi buah tin buah zaitun minyak zaitun habbatus sauda' itu adalah sebahagian daripada makanan2 yang dimakan dalam lingkungan nabi saw. Ternyata ada perbezaan yang amat dengan cara pemakanan kita. kuah lemak kuah gulai kari dan macam2 lagi makanan yang berkuah. Sekiranya anda bertanya kepada org yang berada di utara tanah air maka pasti makanan berkuah adalah suatu yang tidak dapat dilepaskan. Sekiranya perlu makan berjemaah, dengan menggunakan talam adalah lebih mudah berbanding pinggan. Sekira kita kembali kepada makanan nabi saw seperti kurma buah zaitun daging panggang contohnya, makanan2 seperti tidak perlu menggunakan talam . Orang2 arab ada yang memadai meletakkan di atas safra(alas makan) sahaja.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu ketika Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bangkit menuju kamar Shafiyah aku mengundang kaum muslimin untuk menghadiri acara walimah nikah beliau dengan Shafiyah. Rasulullah memerintahkan untuk membentangkan alas dari kulit. Di atasnya dituangkan kurma, keju dan lemak." (HR. Bukhari dan Muslim) Hadits ini jelas menunjukkan acara makan bersama di atas alat kulit dan bolehnya membentangkan alas dari kulit untuk makan (tanpa pinggang atau talam).

Ada juga hadis yang menunjukkan makan menggunakan bekas makan (pinggan atau talam)

Dari Aisyah radhiyallahu 'anha, aku menemui Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dengan membawa khazirah (sejenis masakan daging dicampur dengan tepung) yang sudah aku masak untuk beliau. Aku katakan kepada Saudah yang berada di sebelah Nabi, "mari makan." Namun Saudah enggan memakannya. Kerana itu, aku katakan, "Engkau harus makan atau makanan ini aku sapu ke wajahmu." Mendengar hal tersebut Saudah tetap tidak bergerak, maka aku ambil makanan tersebut dengan tanganku lalu aku sapukan pada wajahnya." Hal ini menyebabkan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tertawa lalu menghulurkan makanan tersebut kepada Saudah seraya mengatakan, "Balaslah sapuan itu juga ke wajahnya." Akhirnya Nabi pun tertawa melihat wajah Aisyah yang juga dilumuri makanan tersebut. Setelah itu Umar datang, sambil berkata, "Wahai Abdullah, wahai Abdullah." Nabi mengira kalau Umar hendak masuk ke rumah maka beliau bersabda, "Basuhlah muka kalian berdua." Aisyah mengatakan, "Sejak saat itu aku merasa segan kepada Umar kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menaruh rasa hormat kepada beliau." (HR. Abu Ya'la, dengan sanad yang hasan)
Pesan yang terkandung dalam hadits ini:
Suami makan bersama istri-istrinya dari satu piring.
Bersenda-gurau dengan istri, kedua hal ini dianjurkan dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

"Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah makan siang dan makan malam dengan menggunakan roti dan daging kecuali dalam hidangan sesama banyak orang." (HR. Ahmad, Abu Ya'la, Ibn Hibban dengan sanad shahih)




2 comments:

amirah lurverse said...

seronok berbuka!!

aku yang mahu bermula semula said...

yup seriusly,,,bile lagi nak merase makan nasik ambeng niy kan,,!!!